Monday, November 10, 2014

Pakej Gaya MenSPA

Kami menawarkan beberapa pakej rawatan menarik yang dikhususkan kepada golongan tertentu seperti pakej rawatan untuk golongan lelaki, bakal pengantin lelaki dan lelaki berumur.

Menerusi pakej itu, pelanggan boleh mencuba beberapa rawatan seperti body scrub,urutan tradisional, urutan sukan, urutan swedish ataupun rawatan sauna.

Kami amat menitikberatkan perkara privasi ini kerana pernah merasai sendiri ketidakselesaan apabila mengunjungi pusat kecantikan dan spa yang tidak memberatkan isu berkaitan aurat pelanggan terutama bagi yang beragama Islam.

“Di pusat rawatan ini, pelanggan tidak perlu risau kerana kami hanya menggunakan produk halal selain memulakan rawatan dengan bacaan beberapa ayat suci al-Quran.

Kami juga mempunyai barisan pembantu kecantikan terlatih dan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.

“Semua itu perlu bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan yakin terutama berkaitan aspek aurat yang selama ini bagaikan dipinggirkan sesetengah pusat kecantikan,” kata Pengurus Gaya MenSPA, Allong.

Ia turut menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan. Ini bagi memastikan golongan lelaki tidak berasa terbeban dengan harga yang dikenakan namun, pada masa sama, masih mengawal kualiti perkhidmatan.

Bagi yang ingin datang ke pusat rawatan Gaya MenSPA, kami mempunyai kelengkapan dan bilik mencukupi tetapi tempahan perlu dilaku bagi mengelakkan pertindihan masa.

Pusat rawatan Gaya MenSPA yang dihias dengan dekorasi tradisional itu dileng­kapi pelbagai peralatan moden.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...